Selamat Datang Ke Sofiah Homestay


(Homestay ini hanya untuk muslim sahaja)
Kami menyediakan homestay dengan mengutamakan keselesaan kepada anda sekeluarga. Selain menikmati keseronokan melancong  dan membeli barangan bebas cukai, kemudahan penginapan  dapat memberi keselesaan bagai tinggal di rumah sendiri.

Lokasi
Sofiah Homestay terletak di Kampung Bendang Baru, Mukim Kuah, Langkawi. Homestay ini terletak berhampiran dengan Bandar Kuah dan menyediakan pelbagai kemudahan yang anda pasti gemari. Anda tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk ke destinasi yang anda gemari di sekitar Langkawi kerana lokasinya yang strategik dan hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari Jeti Kuah (bagi anda yang datang melalui feri) dan 30 minit dari Lapangan Terbang Padang Matsirat  (bagi anda yang datang melalui kapal terbang).

Tidak lengkap percutian anda jika tidak membeli belah di Bandar Kuah. Jarak dari homestay ke Bandar Kuah hanya 3 minit sahaja.  Selain dari itu sekiranya anda ingin membeli barangan runcit terdapat kedai runcit berdekatan dengan homestay dan anda boleh berjalan kaki ke sana. Anda juga boleh memilih restoran dan pelbagai kedai makan yang anda sukai berdekatan dengan homestay. 


Kawasan-Kawasan Berdekatan.

--> 3 km dari jeti
--> 1 km dari Pekan Kuah
--> 6 km ke Taman Burung.

--> 7 km ke Galeria Perdana dan Mangrove Tour.
--> 12 km ke Air Hangat Village.
--> 3 km ke Idaman Suri.
 --> 2 km ke Ismail Group.


Antara Kemudahan Yang Disediakan
* Homestay ini terdapat tiga bilik tidur dan dua bilik air. Bilik utama dilengkapi dengan set katil queen serta  aircond dan kipas siling. Bilik kedua juga set katil queen dan bilik ketiga disediakan dua katil single dan kipas siling.
* Ruang tamu dilengkapi dengan set sofa, tv dan astro serta kipas siling.
* Ruang makan dilengkapi dengan meja makan dan kipas.
* Ruang dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk, dapur dan peralatan memasak,
   Pinggan mangkuk, rice cooker, pemanas air  dan mesin basuh. 

 Peralatan/Kemudahan Tambahan

1.    5 helai tuala dan sabun mandi.
2.    Tilam "TOTO" dan 7 bantal serta 3 bantal comel.
3.    Seterika dan board.
4.    Sejadah dan telekung.
5.    Gula dan teh/kopi
6.    Tisu